BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Kamu. Ya kamu, yang masih tidak kenal penat dan lelah dalam menyebarkan tomahan palsu serta fitnah yang tiada berakar umbi. Bilakah kamu akan berhenti? Bilakah kamu akan terasa penat , rasa lelah dalam menyibukan diri menjatuhkan bangsa kamu sendiri ? Kaum kamu sendiri? Kamu kaum hawa bukan? Tidak segankah melemparkan tahi ke muka kaum mu sendiri ? Kau , ya kau yang berdiri di tepi bertepuk sakan , terlompat sana ke mari , terkinja-kinja. Perangaimu tidak ubah seperti beruk .Lupa pula aku , kamu yang tiada hati mahu pun perut , memang suka menjatuhkan orang . Bahasa aku tidak berbunga indah , mahu pun baku betul seperti kehendak tatabahasa. Tapi aku tahu kau masih faham bahasa melayu ini bukan?. Bahasa melayu yang kau acap kali guna sejak azali lagi. Jangan dibilang pada aku , kau hanya tahu berbahas inggeris dan juga cina . Maaf aku tidak tahu menahu bahasa cina , aku anak melayu dan juga anak US , bahasa melayu dan inggeris lah yang aku gunakan untuk bertutur .
Aku mahu berterima kasih kepada kamu serta kaum dajal kamu itu kerana begitu mengambil berat akan hal aku serta rakan-rakan aku . Terima kasih sekalung budi pada mu tahu?.Aku pelik, kerana setahu aku . Aku tidak pernah mengambil sekelumit dari waktu aku untuk mengambil berat akan hal kamu . Terima kasih sekali lagi kerana memaki, mencaci serta mempermainkan maruah aku , sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalas budi mu. Aku juga bisa berbuat sedemikian , namun mengenangkan orang tua aku yang cukup banyak memberi aku pelajaran dan budi bahasa pada ku. aku tolak ketepi semua caci maki ku untuk kamu. Keesaan Allah , Kebesaran-Nya menyebabkan aku kecut untuk menambahkan dosa aku yang sudah sekian banyaknya untuk dipikul. Tidak mengapa, aku tidak mampu membalas budi kamu, namun Allah bakal memberi balasan percuma lagi total exclusive bagi kamu.
Tidak mahu? Tidak mahu berhenti? Tidak apa , terima kasih menambah pahala bagi mengimabangi dosa yang telah aku lakukan. Kekasih Allah bisa mengampunkan orang berkata keji padanya , mengapa pula aku yang lebih rendah martabatnya dimata Allah ini tidak boleh maafkan kamu?. Pergi lah kau jauh-jauh fitnah lah kau puas-puas, aku tak heran aku tak peduli. Maruah bukan boleh dipijak. Kelakuan aku x sebaik mana, tapi perlakuan aku semuanya berbatas. Ingat itu. Paku dalam otak kamu yang sesingkat skirt pendek Paris Hilton itu . Kerana itulah kubur lain-lain , jika aku perlu kan kamu sebagai penjaga tepi kain aku , sudah lama aku ajak kamu bersama aku didalam kubur :)
No comments:
Post a Comment